Blogger Layouts

Khamis, 18 Ogos 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Harap tidak terlewat untuk saya melafazkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan.Walaupun di awal ramadhan dugaan datang mengundang tapi syukur semuanya dapat diatasi..Sesungguhnya ujian dari Allah diharap dapat memperkukuhkan lagi tembok kesabaran ku...
Seawal ramadhan, saya bleeding.Tak dapat nak diukirkan macamna keadaan waktu itu.Balik kerja pada petang jumaat tetiba darah merah mengalir sehingga ke kaki.Seat kete penuh dengan darah.Dari parking kete terpaksa menggunakan lif untuk ke rumah saya di aras 8.Sib baik waktu tu xde orang yang berada dalam lif tersebut.Darah terus mengalir membasahi lantai lif.Sepanjang perjalanan ke rumah memang darah tak berhenti mengalir.Sesampai di rumah saya terus ke toilet.Tak boleh kuar sebab darah memang banyak sangat.Anak2 yang masih kecil seakan mengerti keuzuran umie mereka.Kak Aisyah dan Adik Arissa masing2 menangis kat depan pintu toilet.Saya tak mampu nak dukung arissa  yang berusia setahun 3 bulan.Mereka terus menangis.Adik asyik hulur tangan supaya umie datang dukungnya...sayu sangat..tapi saya hanya mampu duduk di lantai toilet sambil memeluk mereka..airmata memang murah sangat waktu tu...saya asyik panggil hubby, hubby, hubby...cepatlah naik.Anak2 ni...
Walaupun saya tahu panggilan tu tak didengar oleh suami saya tapi saya tetap memanggilnya.Suami saya terpaksa keluar rumah sekejap bagi membersihkan darah yang menitik di lantai sepanjang langkah perjalanan saya ke rumah.Kesian hubby..saya tahu dia pun terkejut dengan semua tu..sesampai kat rumah hubby terus mandikan kakak.Saya perlu ke klinik segera.Tak tahu camna nak handle anak2 waktu tu...saya terpaksa call pengasuh minta tolong jagakan mereka sekejap.Alhamdulillah saya dikurniakan pengasuh yang amat memahami...anak2 ditinggalkan di bawah jagaannya...
Saya dan suami terus ke klinik Az-Zahrah di Bangi.Bleeding masih tak berhenti.Macam2 perasaan waktu tu.Paling ketara saya takut sangat...sampaikan saya tanya suami kenapa saya jadi macamni??Syukur suami tidak mudah melatah.Hubby banyak bagi sokongan dan nasihat, sentiasa berada disisi...menenangkan saya..keputusan doktor katanya saya keguguran.Scan memang dah xde apa yang tinggal dalam rahim saya.Saya terkejut sangat sebab saya xtahu pun saya pregnant sebab period still on every month..betapa besarnya kekuasaan Allah...Syukur juga saya tak ditahan dalam wad.Saya risau keadaan anak2..mungkin naluri keibuaan tidak lepas dari memikirkan perihal anak2..
Keadaan makin perit bila tetiba pinggang saya makin sakit dan badan tetiba berpeluh walaupun alat penghawa dingin klinik tersebut on.Pandangan saya jadi gelap gelita.Saya pengsan masa menunggu suami uruskan pasal bil dan pengambilan ubat.Hubby terpaksa memapah saya ke kete..muka memang teramat pucat...sampaikan waktu hubby singgah rumah pengasuh ambil kakak saya xboleh nak buka mata.Saya dapat dengar suara orang tapi tak boleh nak buka mata..hubby ambil kakak je sebab adik awal2 lagi pengasuh tak bagi ambil,biar tido kat rumah diaorang..mungkin sebab kesian tengok keadaanku...
Sesampai di rumah aku dah sedar tapi still xboleh buka mata,pening sangat...terpaksa merangkak dari pintu utama ke tempat tilam yang hubby sediakan di ruang tamu rumah..
Hubby dah tak ketahuan..mungkin sebab tertekan tengok keadaan ku...sampaikan hubby cakap "Ya Allah apa dosaku diuji sebegini"..saya tahu waktu tu hubby betul2 tertekan..hubby tak tido malam tu kerana risaukan keadaanku.Sampaikan hubby dah kemas beg pakaianku takut makin teruk terus nak bawa ke hospital.Alhamdulillah keadaanku makin stabil,dah tak bleeding dah..
Sesungguhnya ujian dari Allah begitu besarnya pengajaran buat kami sekeluarga..kalau tak salah ada ayat yang mengatakan "bagaimana kita mengaku yang kita beriman kepada Allah walhal kita tidak pernah diuji olehNya"...Subhanallah....semoga kami sekeluarga tidak alpa dengan kekuasaanMu Ya Allah...     

1 ulasan:

  1. Hubby tetap bersama isteri dan anak2nya hingga ke akhir hayat...itulah hartaku dunia akhirat!mati itu pastu dan sebelum mati perlu ada harta untuk bekalan dunia&akhirat yang pasti...

    BalasPadam